Anda tidak terlalu muda ataupun tua untuk merancang kewangan persaraan. Adalah tidak wajar untuk bergantung kepada wang yang disimpan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana ia mungkin tidak mencukupi untuk menyediakan kehidupan yang selesa untuk anda.
Sehubungan itu, perancangan awal perlu dibuat bagi memastikan kehidupan anda sentiasa tenang meniti hari tua itu.
- Mula menyimpan daripada usia muda
- Merancang kewangan persaraan dengan mengambil kira pengurangan hutang, perbelanjaan, wang untuk kecemasan, memperluaskan pelaburan dan menjaga kesihatan diri melalui penjagaan pengambilan makanan dan senaman.
- Penjagaan kesihatan adalah penting kerana kos perubatan adalah perbelanjaan yang besar dan mengurangkan simpanan yang ada.
- Selain membuka akaun KWSP , buka akaun simpanan persaraan di bank dan menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus gaji bulanan yang diperoleh.
- Tambah peratusan simpanan, seiring dengan pertambahan usia setiap tahun untuk meningkatkan lagi jumlah simpanan kelak.
- Asingkan sedikit wang yang diperoleh daripada pertambahan gaji atau bonus untuk simpanan persaraan.
- Sementara menyimpan, lihat semula portfolio pelaburan anda untuk persaraan setiap tahun bagi memastikan wang anda terus berkembang mengikut rancangan persaraan anda.
SUMBER : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
No comments:
Post a Comment