Kita sering tergoda untuk menggunakan wang melebihi jumlah yang ada kerana kewujudan pelbagai kemudahan pinjaman dan kad kredit yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan.
Perkara penting yang harus diingati pada setiap masa ialah wang tersebut bukan percuma dan perlu dibayar semula termasuk dengan kadar faedah yang ditetapkan.
- Sebelum meminjam, pastikan anda boleh menguruskan hutang yang ada.
- Jangan gunakan pinjaman jangka masa pendek seperti kad kredit atau overdraf untuk membiayai aset jangka masa panjang seperti rumah.
- Semasa membuat pinjaman, sentiasa fikirkan tujuan pinjaman tersebut dan sama ada anda mampu menjelaskan bayaran ansuran yang dibuat atau sebaliknya.
- Jangan mengambil jalan keluar dengan meminjam daripada peminjam tidak berlesen.
- Sentiasa peka dengan terma syarat pinjaman yang dibuat
- Minta kadar faedah efektif terhadap semua pinjaman sewa beli dan pinjaman tetap yang dibuat.
- Pembayaran semula kesemua pinjaman dan bayaran kad kredit tidak seharusnya melebihi satu pertiga pendapatan bersih bulanan anda.
- Jangan terhimpit dengan penggunaan kad kredit dan kad caj dengan beranggapan bahawa ia ‘wang percuma’.
SUMBER : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
No comments:
Post a Comment