Takaful Untuk Semua

animationmaa We Do What Is Right

Pelan Pendidikan Jamin Kos Pengajian Anak-anak

Didalam dunia yang semakin mencabar ini, institusi keluarga tidak dapat lari dari ketidaktentuan yang dipengaruhi oleh faktor sekeliling.
Misalnya, jika berlaku perubahan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi, institusi kekeluargaan turut menerima kesan baik atau buruknya.
Sehubungan itu, ibu bapa harus mengambil langkah proaktif mempersiapkan keluarga menghadapi apa saja kemungkinan dari segi kesihatan dan keselamatan misalnya, ramai ibu bapa mengambil perlindungan insurans untuk diri mereka serta anak-anak.
Persediaan awal ini penting supaya adanya sumber bagi membiayai bil rawatan sekiranya ditimpa kemalangan atau penyakit.



Bagi ibu bapa yang sentiasa berfikir jauh ke depan, mereka pastinya mengambil berat soal pembiayaan pendidikan tinggi untuk anak-anak.
Isu ini lebih menjadi perhatian apabila melihat perubahan yang berlaku dalam kehidupan sekarang.
Boleh dikatakan, setiap perkara memerlukan wang dan bermacam-macam kos dalam kehidupan harian kian meningkat sedangkan bantuan atau subsidi makin berkurangan.
Memikirkan bagaimana jika kos pengajian anak-anak harus ditanggung sendiri kerana tiada lagi pinjaman yang boleh diberi pihak terbabit.

Kini, ramai ibu bapa mula didedahkan dengan tabungan berbentuk insurans atau pelan pendidikan yang memberi jaminan penuh bagi menampung kos pengajian anak-anak mereka di masa hadapan.
Antara pelan pendidikan yang mendapat tempat dalam pasaran kini ialah "Takafulink Education Plan" dari MAA Takaful Berhad.



"Adakah kita rasa ianya merugikan dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk suatu 'keuntungan' yang tidak dapat kita lihat dalam jangka masa singkat demi masa depan anak-anak kita?"
Tetapi apabila memikirkan ia adalah suatu tanggungjawab, kita boleh melaksanakannya.

Ingat, pelan ini penting dan perlu bagi setiap masyarakat lebih-lebih lagi golongan yang berpendapatan rendah.

Saya sedia membantu anda:




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...