Takaful Untuk Semua

animationmaa We Do What Is Right

Kenapa Perlu Menyimpan Dengan Takaful?

Kalau kita tanya adakah perlindungan itu penting, 100% akan mengatakan bahawa perlindungan itu memang penting! Tetapi bila kita tanya bilakah anda mahu menyertai takaful, pelbagai jawapan yang saya terima antaranya mereka menjawab "beri saya masa untuk berfikir dahulu...". Oleh itu...berfikirlah selagi anda mempunyai masa untuk berfikir.
Kalaulah semua orang merasakan bahawa perlindungan itu sesuatu yang 'wajib' maka sudah tentu akan tiada lagi wakil-wakil takaful atau agen insuran kerana orang ramai dengan sendirinya berduyun-duyun akan datang ke syarikat takaful atau insuran untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik untuk mereka.
Tetapi sayang sekali, keadaanya bukan begitu. Apa sahaja pilihan anda...itu adalah hak mutlak anda! dan tiada siapa yang boleh memaksa anda. Tugas kami sebagai wakil takaful hanyalah menceritakan tentang kebaikan perlindungan takaful kepada anda, pasangan anda dan anak-anak anda.


Anda Perlu Menyimpan Dengan Takaful Untuk :-
  1. Melindungi Pendapatan Diri Dan Keluarga
  2. Menyimpan Secara Tetap
  3. Mencipta Aset Segera
  4. Dana Perubatan
  5. Melindungi Harta
  6. Instrumen Kewangan Terbaik Dunia
  7. Merealisasikan Impian

Melindungi Pendapatan Diri Dan Keluarga

Dengan menyertai Takaful, kita sebenarnya telah melindungi pendapatan kita dan memberi jaminan pendapatan pada keluarga. Apa saja yang kita perolehi hari ini boleh hilang sekelip-mata dan pada bila-bila masa. Dengan kata lain sekiranya kita hilang keupayaan kekal, majikan terpaksa memberhentikan kita kerana kita tidak lagi menjadi aset yang penting pada syarikat walau pun suatu masa dahulu kita pernah diagung2kan dan dapat pelbagai puji-pujian atau kita bekerja sendiri, kesan dan akibatnya juga adalah sama.





Sekiranya kita merupakan Pencari Nafkah utama kepada keluarga, maka kehilangan pendapatan itu akan memberikan kesan dan impak yang sangat hebat kepada keluarga. Melalui skim takaful, kami boleh membuat pengiraan bagi menentukan bagaimanakah cara untuk mengantikan pendapatan yang hilang sekiranya sesuatu musibah buruk terjadi kepada kita. Pendapatan yang hilang itu boleh ‘digantikan’ dan kehidupan diri dan keluarga tidak terjejas sekiranya kita mengambil langkah awal dengan menyertai skim Takaful yang bersesuaian.








Sekiranya anda merasakan ada lagi instrumen lain yang lebih baik untuk perlindungan pendapatan keluarga selain konsep perlindungan takaful/insuran, silakan berkongsi dengan saya, agar saya dapat mempelajari sesuatu yang baru daripada anda.


Menyimpan Secara Tetap

Oleh kerana kebanyakan kita kurang berdisiplin dalam menyimpan, maka dengan menyertai takaful ini, seolah-olah kita telah membuat ‘simpanan paksaan’ (force saving) Pakar-pakar pengurusan kewangan menyatakan, setiap orang sepatutnya mempunyai simpanan sekurang-kurangnya bersamaan dengan 6 bulan gaji.
Dana tersebut tidak boleh digunakan sembarangan, kecuali untuk tujuan kecemasan atau keadaan luar jangka sahaja. Ianya umpama pelampung penyelamat di atas kapal---hanya digunakan ketika kecemasan sahaja! Selain melindungi pendapatan, skim ini juga ada elemen simpanan.

Mencipta Aset Segera
Simpanan yang kita lakukan perlu ada matlamat yang jelas.
Contohnya:
Kita perlukan RM 50,000.00 dalam tempoh 10tahun--pastikan matlamat dicapai dengan mengambil kira berapa yang perlu anda simpan setiap bulan.
Simpanan yang biasa kita lakukan:
Dengan menyimpan RM417 sebulan tercapai lah hasrat kita untuk mendapatkan RM50,000 dalam masa 10 tahun. Persoalannya, adakah anda mampu menyimpan RM 417 sebulan tanpa melakukan pengeluaran balik pada bulan2 berikutnya..? adakah matlamat anda akan tercapai sekiranya anda ditimpa musibah hilang keupayaan untuk bekerja atau kematian awal yang tidak dijangka?
Simpanan Dengan Takaful:
Menyimpan RM300 sahaja sebulan dengan melakukan arahan pemotongan tetap bank, anda telah menyediakan perlindungan bernilai RM200,000.00 sekiranya berlaku hilang keupayaan kekal atau kematian awal semasa anda dalam proses menyimpan untuk mendapatkan nilai tunai RM50,000.00 dalam tempoh 10 tahun sahaja.
Secara tidak langsung anda telah mencipta Dua aset yang berbeza.
Pendapat anda? Bukankah ia satu perancangan kewangan yang baik.

Dana Perubatan


Kos perubatan sememangnya sangat mahal dan selalunya terus meningkat tahun demi tahun.
    • Kadar penyakit kronik telah meningkat tahun demi tahun
    • Ramai rakyat Malaysia gemuk (obes)---obesiti menyumbang kepada banyak penyakit
    • Ramai pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana kekurangan tempat
    • 50,000 kes strok setahun (138 kes sehari !) 
Sekiranya kita memerlukan kos perubatan yang besar, apakah pilihan kita:
    1. Menggunakan simpanan yang ada---itu pun kalau cukup
    2. Menggunakan Kad Kredit---selepas itu dibebankan dengan hutang
    3. Meminta sumbangan saudara-mara/masyarakat---kalau dapat
    4. Menggunakan Kad Perubatan Sendiri---PASTI DAPAT
Jadi, apakah pilihan anda?

Melindungi Harta/Aset 
Sebenarnya banyak harta benda yang kita guna sekarang ini bukanya milik kita 100%; misalnya kita mempunyai sebuah kereta yang masih belum habis bayar kepada bank. Kereta itu hanya akan menjadi milik kita hanya apabila kita membayar kesemua hutang dengan bank.  Kalau tak percaya sila lihat geran kereta anda...lihat kepada ayat 'HAK MILIK DITUNTUT OLEH'. Walaupun kereta itu didaftarkan atas nama kita tetapi kita bukanlah pemilik sebenar kereta tersebut sehinggalah kita telah menjelaskan kesemua pinjaman bank.
Misal kata, kita hilang upaya dan tidak dapat membayar hutang kereta---setelah 3 bulan, pihak bank/finance akan menarik balik kereta tersebut ! Katakan, itulah satu-satunya kereta kita---maka kehilangan kereta tersebut akan memberikan banyak kesusahan kepada dan keluarga.
Tetapi, kalau kita mempunyai perlindungan takaful & apabila kita ditakhdirkan hilang upaya misalnya, wang pampasan tadi boleh digunakan untuk menyelesaikan mana-mana hutang supaya harta-benda kita tadi tidak ditarik oleh pihak pemberi pinjaman dan keluarga kita tetap boleh menggunakannya.
Instrumen Kewangan Terbaik Dunia


Tanyalah kepada pakar-pakar kewangan mana pun---mereka semua akan mengatakan bahawa konsep perlindungan ini (insurans/takaful) adalah suatu konsep yang paling baik dan paling berkesan untuk melindungi diri, keluarga, asset, dan sebagainya.
Atau anda boleh fikir sendiri--carilah--institusi kewangan manakah lagi yang dapat memberikan perlindungan yang sebegini hebat selain daripada konsep perlindungan takaful/insuran? Oleh kerana takaful memenuhi kehendak syariah, maka orang Islam boleh memilih takaful.

Merealisasikan Impian
Sebagaimana yang kita sedia maklum, sebagai umat islam kita diwajibkan menunaikan fardu Haji bagi yang berkemampuan. Kemampuan itu tidak datang dengan sendiri tanpa diawali dengan usaha dan perancangan yang bersistematik.
Dengan Konsep Takaful, kita menyediakan tabungan perancangan Haji yang bersistematik dan berdisiplin dalam masa yang singkat untuk mencapai matlamat simpanan, insyaAllah.. setelah anda menyertai Takaful --samaada anda sihat/tidak upaya/meninggal dunia--anda tetap dapat menunaikan rukun islam yang ke-lima. Dengan izin Allah.










"Manusia tidak pernah merancang untuk Gagal tetapi, Manusia sering Gagal dalam melakukan perancangan."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...