Takaful Untuk Semua

animationmaa We Do What Is Right

Tips Mengelak Daripada Penipuan

Anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri terhadap terperangkap dengan skim cepat kaya semasa melaburkan wang yang dimiliki.
Skim tersebut sebenarnya menjanjikan pulangan besar dengan risiko rendah dan tidak memerlukan kemahiran, masa atau usaha di samping menjanjikan menjanjikan kemewahan dengan hanya bekerja di rumah.
Pelaburan tersebut kerap diiklankan termasuk di majalah dan surat khabar, manakala skim haram sering dipromosikan di internet melalui spam dan email, di samping panggilan telefon dan penghantaran mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • Apa yang perlu anda lakukan sekiranya menerima tawaran menarik itu yang boleh menjadikan anda kaya sekelip mata?
  • jangan tamak dan membuat keputusan tergesa-gesa.
  • Sentiasa bertanya kepada rakan-rakan, keluarga dan golongan profesional sama ada peluang pelaburan asli atau tidak, terdapat juga laman web dan pusat khidmat pelanggan pihak berkuasa yang boleh dijadikan rujukan tambahan.
  • Sungguhpun tawaran pelaburan diperkenalkan atau disyorkan oleh kenalan rapat atau kaum keluarga sendiri, pastikan anda sedar mengenai matlamatnya di sebalik tawaran tersebut.
  • Anda perlu sentiasa mengingati bahawa tiada produk pelaburan yang mudah dan boleh membuatkan anda kaya dengan cepat.
  • Pastikan pelaburan itu tidak menjerat anda kepada kegiatan pelaburan haram yang membolehkan anda ditangkap.
SUMBER : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...