zairel
Sebenarnya,ia terpulang pada kita. Jika inginkan keselesaan,rawatan pantas dan mampu; pilihlah swasta dan sebaliknya jika sanggup menunggu dan redha dgn apa yg ada pilihlah hospital kerajaan.
Tapi memang malang dan sedih kebanyakkan rakyat malaysia sentiasa nak yg terbaik dgn percuma atau yg paling murah.
Kini sudah byk takaful/insuran kad perubatan di pasaran yg premiumnya serendah RM50 sebulan saja sbg cth MAA Takaful SmartMedic. Adakah sangat mahal RM50 sebulan premium untuk melayakkan kita menerima rawatan perubatan RM50,000 di hospital yg kita mahu dirawat? Kebanyakkan kita masih lagi berfikiran dunia ke-3?Jika dikira RM50 sebulan adalah lebih mahal daripada jumlah harga rokok dihisap sebulan ataupun bayaran Top-Up/Handphone bill kita?

sharif
HOSPITAL SWASTA MAHAL.
ani
Gi je hospital tapi orang nak berlagak kadang tu, kat hospital tu mmg kadang2 nurse garang, tapi itu dulu, sekarang nurse dah baik2 sebab saingan dgn swasta,buat apa nak bazir duit, kalau ada insuran tu tak pe lah..
farmasi muda
nama pon swasta, mmg layak lah mahal.. layan bagus..
ubat pulak kalau hospital kerajaan, guna ubat tak berjenama (generic).. manakala swasta guna branded (cth: pfizer, ranbaxy, dsb).. ubat jenama ngan tak jenama ada bezanya dari segi kestabilan ubat dsbnya....
oleh itu, swasta mahal lah.. sebab berjenama.. dan health care provider yang bagus di swasta..
org ramai patut tau kenapa mahal dan murah..
kalu tkde duet, kene la bersabar pg hospital kerajaan.. tk payah la gedik2 nk pg swasta... make sense kalu swasta murah, konfom2 hospital kerajaan tak lakuuuu!!!

ezo
rase-rase kalo tidak mampu tu,xyah la pegi hospital swasta.
ana juliana
saya berpendapat kalau berkemampuan, tidak salah ke hospital swasta. Tetapi selepas pengalaman saya di hospital kerajaan membuat saya serik untuk ke mana-mana hospital kerajaan yang lain. Menunggu di wad kecemasan sehingga sejam lebih dan menyebabkan anak saya hampir biru kerana tidak bernafas membuatkan hati saya hancur luluh dengan tahap rawatan yang diberikan disamping suami saya terpaksa mendukung anak saya ke sana ke mari untuk mendapat rawatan segera. Akhirnya, saya beralih ke hospital swasta yang lebih cepat dan prihatin. mungkin pihak kerajaan kena memantau perkhidmatan hospital-hospital kerajaan di seluruh negara. Harga ubat-ubatan saya tidak ralat kalau ianya mahal sedikit jikalau perkhidmatan dan layanan adalah tip top.
SYAIFUL
mmg la hospital swasta kenakan cas mahal berbaloi dengan perkhidmatan yang di berikan... yang mana ada duit tu ambil la insuran/takaful...jgn harap nak yang terbaik tp duit kedekut nak keluar..kalau hospital swasta murah dah ramai pulak org guna perkhidmatan hospital swasta n kualiti akan menurun kerana terpaksa menunggu lama kerana sudah ramai mengunakan perkhidmatan hospital swasta kerana mampu bayar untuk hospital swasta
tiamis naji
saya akui pendapat semua orng hospital kerajaan patut meningkatkan lagi quality servis mereka. Di hospital emergency kota kinabalu tempat pun sempit tidak selesa. kenapa kerajaan dapat beri tanah untuk membina hotel, resort dll pada untk hospital terpaksa beli hospital swasta (SMC). Mana patut.... doktor kerja pun tiada mood mcm marah2 kerana pesakit bnyk ruang tiada. kesian mereka kerja tak tentu masa pun. kerajaan patut ambil perhatian serious sebab itu byk orng memilih hospital swasta tapi hospital swasta yuran mahal pada yang mampu ok ja tiada masaalah. minta pegawai kerajaan pergi tinjau.
rohana bt taib
jangan merunggut, kalau mampu apa salahnya.mereka tak paksa kita.itu kan untuk orang yang berkemampuan saja.senangnya tunggu je kat hospital kerajaan.tengok bajet . ok.
seruji mosidi
kalau dah tahu mahal janganlah pergi ke hospital swasta...hospital kerajaan kan ada..sama juga rawatan yang diberi...kan gitu,,,?hospital kerajaan apa kurang nya...tepuk dada tanya selera......!
Azlan
kadang2 ada org tak phm yg ramai2 masuk hospital swasta ni bukan semua org kaya.tp kos perubatan mereka ditanggung insurans/takaful.belajar mengenal apa itu insurans/takaful.
saufi
kita mesti ingat jikalau hospital swasta tidak meletak kan harga yang tinggi bagaimana hendak membyar bil bil air api peralatan gaji dan sebagai nye ape lagi sumber income yang ade kalau bukan dari pesakit.
mondo
Adakah anda dipaksa ke hospital swasta?
Kalau tidak pergi la ke hospital kerajaan.
Itulah harga yg perlu dibayar kalau tak nak menunggu lama.
Kalau tidak pergi la ke hospital kerajaan.
Itulah harga yg perlu dibayar kalau tak nak menunggu lama.
Am
kita ada dua pilihan. Kalau tak mampu, kita kenalah ke hospital kerajaan.
ali abu talib
Saya berpandangan bahawa tindakan hospital swasta melalui caj yang tidak munasabah akan memberikan impak negatif kepada hospital swasta keseluruhannya. Memang, tabiinya hospital swasta sinonim dengan caj bayaran tinggi, tetapi biarlah rasional. Sesetengah ubat, misalnya panadol dikenakan bayaran RM40 sepapan, walhal panadol yang sama di farmasi berharga sekitar RM5.00 sahaja. Malahan, caj yang tinggi ini tidak membantu kerajaan dalam mempromosikan Malaysia sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan. Saya berharap agar kementerian Kesihatan dapat membentuk Panel Penilai dan Pemantau Harga Rawatan/Caj bagi Hospital Swasta agar mereka juga mempunyai semangat kebertanggungjawapan Sosial kepada masyarakat 1Malaysia hari ini.
didi
salam..mungkin anda semua perlu memikirkan tentang mempunyai perlindungan takaful @ insurans..
zi
saya berpendapat tak semua hospital swasta mengenakan carge yang tinggin..Contohnya KPJ, harga rawatan yang ditawarkan berpatutan dan mampu di bayar oleh golongan berpendapatan sederhana.Jika mahu mendapat rawatan di hospital swasta adalah lebih baik sekiranya kita labur sedikit wang untuk membeli medical kad yang ditawarkan oleh syarikat insuran.kalau kita boleh mengeluarkan sejumplah wang yang besar untuk I-phone, Blackberry , apalah sangat seratus sebulan untuk keselesaan mendapat rawatan di hospital swasta.
sri siantan
orang sakit memang merintih. tp keluarga pesakit lg byk rintihan. harap pengguna tidak tertipu atau termakan dengan pengunaan perkataan 'pakar' dan jenama yang digunakan oleh pihak perubatan swasta. kebiasaannya kalau kes yg kronik atau kritikal mereka akan rujuk ke hospital kerajaan untuk menjaga nama baik mereka agar tidak nampak gagal merawat dan memulih pesakit. mereka lebih mementingkan keuntungan. Namun klinik kesihatan dan hospital kerajaan juga patut meningkatkan lagi kualiti dan kecekapan perkhidmatan agar pesakit tidak menunggu terlalu lama untuk mendapatkan perkhidmatan.
joel
Selama ini semua org tutup mata sebelah...
Ishak Johari
Salam,
Memang benar hospital swasta menyediakan peralatan dan pasarana yang lengkap serta bermutu tinggi. Sebab itulah orang ramai memilih perkhidmatan mereka. Persoalannya, kenapa hospital kerajaan tidak menyediakan kemudahan seperti hospital swasta? jika hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan bermutu tidaklah orang ramai memilih hospital swasta. Sebenarnya mereka memilih hospital swasta ini kerana terpaksa, contohnya jika ada kemalangan melibatkan nyawa, adakah kita sanggup menunggu doktor datang berjam-jam lamanya dan berakhir dengan kematian? atau kita keluar lebih sedikit wang untuk kita selamat nyawa dan orang yang kita sayang terus hidup? manakah yang anda pilih? Hakikatnya semua orang inginkan keselesaan hidup. Renung-renungkanlah pihak kerajaan kita. Lantaran itu, pihak kerajaan perlu menyelaraskan semua kadar caj yang dikenakan oleh pihak hospital swasta. 1Malaysia, 1Harga.
Salam 1Malaysia.

yan
sbb tu lh Hsptl kjaan yg the best..mmg lh sometimes kna tggu lm,tp berbaloi,just bayar RM1 utk warganegara tp dpt ubat yg bharga Puluhan ringgit..tp bagi yg owez nak treatment yg segera jd kan lh swasta sbg pilihan..
Sufian Saim Wrote:
Ini antara komen2 yang saya ambil dari Berita Harian Online.
Saya bersetuju dengan En.zairel diatas, masyarakat selalu ingin sesuatu yang terbaik dengan percuma atau dengan kos yang termurah. Memang amat menyedihkan kerana ia nya berlaku dikalangan masyarakat kita. Ingat, zaman telah berubah, duit bukan segalanya tetapi segala2nya memerlukan duit.
Masyarakat sedar akan caj yang mahal dikenakan oleh Hospital Swasta, tetapi mengapa mereka tetap memilihnya???
Fikirkan... jgn sering menyalah kan orang lain.. Merancang dan menyelesaikan masalah adalah lebih baik dari sentiasa Merungut menunding jari. kita semua sama, mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2.. Betul kata2 seruji mosidi; tepuk dada, tanya selera.
Saya setuju sekiranya masyarakat menyediakan Kad Perubatan (Medical Card) bagi menangani masalah2 seperti ini.
Hanya dengan *RM50 sebulan ia dapat memberi dana RM50,000.00 utk caj perubatan di hospital. Murah kan, berbanding risiko yang akan kita alami nanti.
Emm.. Saya tahu anda mungkin tidak dapat merasakan nya sebelum ia dialami oleh anda sendiri..
Ingat!!! Tindakan yang bijak hari ini menentukan cara anda menangani Risiko utk masa depan anda.
Hubungi saya: 012-3370750
No comments:
Post a Comment